­

PENDUDUK DI SEKITAR PERSISIRAN PANTAI LANGKAWI, KUALA MUDA, DIARAHKAN BERSIAP SEDIA | KNN

Wednesday, April 11, 2012

PENDUDUK DI SEKITAR PERSISIRAN PANTAI LANGKAWI, KUALA MUDA, DIARAHKAN BERSIAP SEDIA | KNN | ALOR SETAR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah mengarahkan semua penduduk yang tinggal di persisir pantai di negeri ini terutama di Langkawi dan Kuala Muda bersiap sedia untuk meninggalkan kediaman masing-masing bagi menghadapi kemungkinan ancaman Tsunami susulan gempa bumi berukuran 8.7 skala Richter di Aceh, Sumatera Utara Indonesia, petang tadi.

Setiausahanya, Abu Bakar Sudin, berkata pihaknya sudah menerima amaran peringkat pertama Tsunami kira-kira jam 6 petang tadi sebelum mengarahkan agensi berkaitan termasuk polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat selain Jabatan Penerangan untuk menghebahkan maklumat berkenaan kepada orang ramai menjauhi pantai.

"Kita sudah membuka Bilik Gerakan di Anak Bukit sebagai pusat maklumat dan operasi sekiranya berlaku kemungkinan Tsunami.

"Ketika ini Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran pertama di negeri utara dan kita mengambil langkah berjaga-jaga dengan meminta orang ramai khususnya penduduk persisir pantai supaya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,"katanya.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images