Lindsay Lohan Bakal Galas Watak Elizabeth Taylor

Thursday, April 26, 2012


Lindsay Lohan (kiri) dan mendiang Elizabeth Taylor
Lindsay Lohan Bakal Galas Watak Elizabeth Taylor | LONDON: Pelakon dan penyanyi Lindsay Lohan disahkan bakal menggalas watak Elizabeth Taylor sekali gus menandakan kemunculan semula bintang bermasalah itu dalam dunia lakonan.
Ketua rangkaian Lifetime, Rob Sharenow mengesahkan pelakon berusia 25 tahun itu akan membawa watak berkenaan dalam telefilem Liz ‘n’ Dick yang berkisar mengenai hubungan cinta Taylor dengan aktor Richard Burton.
“Kami begitu teruja Lindsay akan memainkan watak legenda Hollywood, Elizabeth Taylor. Dia (Taylor) adalah aktres yang unik dengan bakat, kecantikan dan kontroversi yang melonjakkan dirinya sebagai seorang ikon,” kata Sharenow dalam satu kenyataan.
“Saya sentiasa mengagumi dan begitu menghormati Elizabeth Taylor. Dia bukan sahaja aktres yang berbakat besar malah seorang wanita yang hebat,” kata Lohan seperti dipetik Sky News.
Taylor berkenalan dengan Burton di lokasi penggambaran filem Cleopatra (1963).
Sejak itu, mereka mula menjalin hubungan cinta yang mendapat liputan meluas media di seluruh dunia apabila pasangan itu berkahwin dan bercerai sebanyak dua kali dalam tempoh beberapa tahun.
Lohan mula bercerita mengenai watak tersebut dalam satu temu ramah pada bulan lalu di mana dia turut memuat naik gambarnya yang berpakaian seperti Taylor dalam akaun Twitter peribadinya.
Namun, tiada pengesahan mengenai tawaran itu sehingga pihak studio penerbitan itu mengumumkan perkara tersebut baru-baru ini.
Sejak kebelakangan ini, Lohan yang juga pelakon filem Mean Girls berusaha untuk mengikis imej liar yang pernah dikaitkan dengannya kerana kerap dipenjarakan, keluar masuk ke pemulihan serta turun dan naik mahkamah sejak 2007.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images