Anggota Pemisah Selatan Thai Ditembak Mati

Tuesday, April 24, 2012


Anggota Pemisah Selatan Thai Ditembak Mati | BANGKOK: Seorang anggota Runda Kumpulan Kecil (RKK), kumpulan pemisah di selatan Thai, terbunuh sementara seorang polis cedera dalam kejadian berbalas tembak di daerah Ruso, Narathiwat, awal semalam.
Militan yang terbunuh itu dikenal pasti sebagai Tuwaedunan Nima, anggota RKK yang mempunyai waran tangkap bertarikh 30 Jun 2009, atas tuduhan cuba membunuh, mengelak daripada ditangkap serta melanggar peraturan darurat.

Kejadian semalam berlaku kira-kira jam 5.30 pagi selepas Timbalan Ketua Polis Thai, Mejar Jeneral Suchart Thirasawat dan Timbalan Ketua Rejimen ke 46 Renjer, Lt Kolonel Thanit Saengchan, mengetuai operasi polis dan tentera untuk mengepung sebuah rumah di Tambon Ruso selepas menerima maklumat mengenai kehadiran Tuwaedunan.
Apabila diarah menyerah diri, suspek memanjat bumbung rumah berkenaan untuk bersembunyi dan melepaskan tembakan.
Dia turut melontar bom tangan menyebabkan seorang polis cedera sebelum polis menembaknya mati.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images