Tempoh rayuan BR1M dilanjut

Wednesday, April 18, 2012

Tempoh rayuan BR1M dilanjut
Tempoh rayuan BR1M dilanjut | KUALA LUMPUR – Seramai 50,172 pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang gagal dalam rayuan mereka setelah tempoh rayuan ditutup pada 15 April lalu, kini boleh menarik nafas lega.

Ia berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan lagi tempoh rayuan skim berkenaan sehingga 30 April ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memberitahu, seramai 331,615 pemohon telah membuat rayuan sehingga 15 April lepas.

Daripada jumlah itu, sebanyak 281,443 kes rayuan telah diluluskan manakala baki seramai 50,172 orang gagal dalam rayuan mereka.

“Namun pemohon yang gagal dalam rayuan mereka sebelum ini kini berpeluang untuk mengemukakan kembali rayuan kerana tempoh tersebut telah dilanjutkan sehingga 30 April ini,’’ kata kenyataan itu.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images