Kakak Siti Nurhaliza Selesa ‘Menjanda’

Tuesday, April 24, 2012


Kakak Siti Nurhaliza Selesa ‘Menjanda’
Kakak Siti Nurhaliza Selesa ‘Menjanda’ | IPOH – Penyanyi, Siti Nursaida Tarudin, atau Saida akui kuat dan tenang selepas disahkan bercerai dengan bekas suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikr, pada 7 Oktober tahun lalu.
Malah, Saida berkata kehidupannya kini perlu diteruskan untuk membesarkan empat orang anaknya yang masih bersekolah.
“Alhamdulilah setelah agak lama kami turun naik mahkamah untuk menyelesaikan hal ini, akhirnya ia selesai mengikut kehendak saya.
“Walaupun ianya berakhir dengan penceraian, saya terimanya sahaja ketentuan tersebut.
“Saya juga perlu kuat untuk membesarkan anak-anak saya, lebih-lebih lagi anak sulung saya pada tahun ini bakal menduduki peperiksaan yang besar iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR),” katanya yang ditemui ketika siri jelajah Barisan Artis Nasional di Ipoh, Perak.
Saida dan bekas suami yang tidak memfailkan hak penjagaan anak, kini bergilir-gilir mengambil alih untuk menjaga anaknya yang berusia dari 15 tahun hingga enam tahun.
Menurut kakak kepada penyanyi no 1 negara, Dato’ Siti Nurhaliza ini, dia sangat bersyukur kerana dapat meneruskan kehidupannya dengan tenang kerana anak-anaknya sudah mula memahami hubungannya dengan bekas suami.
“Anak-anak banyak dibawah penjagaan saya, cuma setiap hari minggu mereka akan berjumpa dengan bapa mereka.
“Saya dan bekas suami tiada masalah dengan cara begini sebab kami saling bertolak ansur, jadi tidak perlu untuk kami failkan hak penjagaaan anak,” luahnya lagi.
Menyentuh mengenai soal jodohnya adakah dia akan berumah tangga lagi, Saida memberitahu dia kini senang dengan kehidupannya yang sudah bergelar janda.
“Saya belum terfikir mengenai pasangan hidup lagi, kerana hari-hari saya sibuk dengan menguruskan hal sekolah anak-anak.
“Namun soal jodoh saya akan datang, saya serahkan pada ketentuanNya,” tambahnya lagi.
Saida yang masih dalam perancangan untuk mengeluarkan single terbaru kini sedang sibuk menguruskan kerja-kerja di syarikat Siti Nurhaliza Production. Sdn Bhd. (Murai.com.my)

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images