JUAL BAYI RM 4000 DI BAR

Thursday, April 19, 2012

JUAL BAYI RM 4000 DI BAR
JUAL BAYI RM 4000 DI BAR | KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan diselamatkan polis ketika dalam proses untuk dijual dengan harga RM4,000 oleh seorang lelaki Myanmar kepada seorang wanita tempatan di sebuah bar di Jalan Hang Kasturi, di sini, semalam.
JUAL BAYI RM 4000 DI BAR
BERKAS...suspek yang ditahan, semalam.

Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, polis menahan lelaki Myanmar terbabit yang berusia 30-an untuk siasatan lanjut.

Sumber polis berkata, sebelum serbuan ke bar itu dilakukan, polis mendapat maklumat daripada seorang lelaki tempatan yang menerima tawaran untuk membeli bayi berusia empat bulan daripada lelaki Myanmar terbabit.

Menurutnya, sepasukan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur melakukan serbuan ke bar yang dikenal pasti pada waktu ‘urus niaga’ dirancang iaitu pada jam 4.30 petang.


“Sebaik tiba di tempat kejadian, polis menemui seorang lelaki Myanmar mendukung seorang bayi lelaki berusia empat bulan dan berunding dengan seorang wanita tempatan.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images