Sam Yakin Tidak Abaikan Bunkface & The Azenders

Wednesday, April 25, 2012


Sam (dua, kanan) bersama kumpulan The Azenders. - Foto oleh LIM CHENG KIAT
Sam Yakin Tidak Abaikan Bunkface & The Azenders | KUALA LUMPUR: Penyanyi Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Bahrom yakin tidak mengabaikan Bunkface dan The Azenders selepas membuat keputusan menjadi vokalis dua kumpulan tersebut serentak.
Sam berkata, setakat ini dia tidak mempunyai masalah memberikan komitmen kepada ahli kumpulan berkenaan kerana muzik itu sendiri telah mendisiplinkan dirinya.
"Muzik adalah cinta saya dan saya sentiasa teruja apabila sesuatu perkara itu berkaitan dengan bidang tersebut.
"Begitu juga dengan komitmen terhadap Bunkface dan The Azenders. Kedua-duanya sama penting dan saya tidak pernah mengabaikan mereka," ujarnya kepada mStar Online.
Sam ditemui selepas majlis pelancaran muzik video lagu Bebas ciptaannya sebagai lagu tema filem Jiwa Taiko di sini, Selasa.
Tambah Sam, ahli kumpulannya juga tidak pernah ada masalah dengan penglibatannya dalam dua buah kumpulan malah memberi sokongan padu.
Ujar Sam, ahli dari Bunckface dan The Azenders saling mengenali dan telah berkawan sejak dahulu.
"Mereka semua banyak memberi sokongan dan kerjasama malah sering lepak bersama kerana kami memang berkawan," katanya.
Dalam pada itu, bercakap mengenai penglibatan The Azenders dalam menyumbangkan lagu tema untuk filem arahan Osman Ali itu, Sam berkata, mereka menghantar dua buah lagu kepada pengarah tersebut dan lagu Bebas telah menjadi pilihan.
Sam memberitahu, lagu tersebut sudah lama ada dalam simpanannya dan kebetulan konsep lagu itu dengan tema filem berkenaan sesuai sehingga dipilih sendiri oleh Osman.
"Saya sudah menulis lagu itu agak lama dan apabila ia dipilih kerana sesuai dengan tema ceritanya saya ada membuat sedikit perubahan supaya ia lebih kemas dari segi lirik dan susunan muzik," katanya.
Dalam perkembangan lain, Sam berkata The Azenders sedang mengumpul beberapa material sebelum muncul dengan album penuh selewat-lewatnya pada hujung tahun ini.
Sebelum itu, mereka akan memberikan tumpuan kepada single Bebas untuk promosi dan persembahan pentas.

You Might Also Like

1 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images