Tak boleh hidup tanpa Russell

Wednesday, April 25, 2012


Tak boleh hidup tanpa Russell
Tak boleh hidup tanpa Russell | SETELAH rasmi bercerai pada awal Januari lalu, Katy Perry dikatakan masih sukar melupakan bekas suaminya, Russell Brand dan berharap dapat berbaik kembali.
Biarpun sama-sama telah menjalani kehidupan masing-masing seperti biasa, namun Katy merasakan masih ada kekosongan dalam hidupnya.
"Selepas bercerai, baru Katy menyedari dia tidak boleh hidup tanpa Russell dan sentiasa berharap untuk kembali berbaik.
"Katy berasa dia seperti hilang arah dan mengakui sangat merindui Russell dan kunjungannya ke India baru-baru ini telah menimbulkan banyak kenangan lama bersama bekas suaminya,” kata sumber terdekat penyanyi itu kepada majalah Us Weekly.
Sumber itu juga memberitahu, walaupun hubungan mereka kini tidak lagi boleh diselamatkan, namun keduanya masih mahu mencuba untuk menjadi kawan baik.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images