Benetton Tinggalkan Dunia Fesyen

Thursday, April 26, 2012


Luciano Benetton (kanan) memeluk anak lelakinya, Alessandro selepas menyerahkan tugas sebagai presiden serta empayar fesyennya pada mesyuarat agung syarikat tersebut di Ponzano Veneto. -Foto AFP
Benetton Tinggalkan Dunia Fesyen? MILAN: Luciano Benetton, pengasas dan pemilik jenama fesyen ‘Benetton’yang telah membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya dalam syarikat itu pada Selasa (24 April) merupakan simbol kepada perusahaan keluarga yang menjadi satu kebanggan kepada bangsa Itali.
Pereka berusia 76 tahun itu yang terkenal dengan gaya rambut putih dan cermin mata bulat mejadi lagenda dalam industri tekstil Itali apabila beliau memperkenalkan satu jenama yang memenuhi citarasa orang mudadan inovatif menerusi baju polo dan baju panas yang berwarna-warni.
Dilahirkan di Treviso utara Itali pada tahun 1935, Benetton kehilangan ayahnya ketika berusia 10 tahun dan mula bekerja ketika berusia 15 tahun selepas era perang dunia kedua.
Terpegun dengan kemampuan kakaknya menjahit dan menghasilkan baju panas, Benetton telah melabur wang simpanannya dengan membeli mesin jahit dan mula menjual hasil tenunannya dari pintu ke pintu pada tahun1955.
Sepuluh tahun kemudian, beliau secara rasminya menubuhkan syarikatnya sendiri yang dinamakan Kumpulan Benetton.
Model perniagaan awal Benetton ialah dengan menumpukan sepenuh perhatian kepada rekaan dan menyerahkan kerja-kerja pengeluaran secara subkontrak kepada pihak lain.
Ia kemudiannya menumpukan perhatian kepada pembukaan francais untuk menjual semua pakaiannya.
Pengembangan antarabangsanya hanya bermula pada tahun 1969 dengan pembukaan setor Francophile Benetton di Paris dengan logo berwarna putih dan hijau setahun kemudian.
Benetton kemudiannya berganding bahu dengan jurugambar terkenal Oliviero Toscani pada tahun-tahun 1980-an melalui beberapa siri kempen pengiklanan yang kontroversi dan provokasi tetapi berjaya menarik perhatian ramai kepada rekaannya khususnya di Amerika Syarikat.
Beliau juga dikenali sebagai seorang yang sangat bertolenrasi tinggi dan berpegang kepada konsep kepelbagaian budaya dengan mencernakannya melalui motto syarikat yang berbunyi; "United Colors of Benetton."
Motto tersebut terpampang di serata dunia khususnya di outlet Benetton.
Benetton telah menamakan anak keduanya Alessandro, sebagai pengantinya.
Kata Alessandro; "Dia adalah satu personaliti yang sangat luar biasa yang mengajar saya tentang jangan berputus asa."

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images