MAS Lancar Penyiasatan Penuh Masalah Teknikal Enjin Pesawat

Thursday, April 19, 2012


MAS Lancar Penyiasatan Penuh Masalah Teknikal Enjin Pesawat
MAS Lancar Penyiasatan Penuh Masalah Teknikal Enjin Pesawat | KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) melancarkan penyiasatan penuh terhadap insiden teknikal yang melibatkan satu daripada enjin pesawat B747-400, bersama dengan pembuat enjin berkenaan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ahmad Jauhari Yahya.

Pada 16 April, penerbangan MH002 Malaysia Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) ke London mengalami masalah teknikal yang mengakibatkan pesawat itu terpaksa berpatah balik dan seterusnya menyebabkan kelewatan berlepas hingga keesokan harinya.

Dalam satu kenyataan, Ahmad Jauhari berkata pasukannya, dari anak kapal yang mengendalikan penerbangan itu hinggalah kepada kakitangan yang bertugas di lapangan terbang dan agensi-agensi lain di KLIA berusaha dengan penuh ketelitian untuk memastikan keselamatan, ketenteraman emosi dan keselesaan penumpang yang terjejas oleh insiden itu.

"Pasukan pengurusan dan saya menyanjung tinggi anak-anak kapal yang mengendalikan MH002 sebagai wira kerana usaha mereka pada saat-saat yang mencabar ini.

"Mereka melaksanakan tugas mereka dengan cekap dan meyakinkan penumpang-penumpang kami selepas keputusan dibuat untuk membatalkan penerbangan ke London.

"Mereka melaksanakan semua prosedur yang perlu, dari segi operasi dan untuk menenteramkan penumpang dalam tempoh kritikal apabila penerbangan itu terpaksa berpatah balik ke KLIA. Ini merupakan sifat semula jadi pasukan kami yang menganggap semua pelanggan sebagai tetamu kami," kata beliau. -BERNAMA

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images