Malaysia senarai 18 pemain Piala Remaja Asia esok

Wednesday, April 25, 2012


MELAKA - Malaysia akan menamakan senarai 18 pemain bagi menggalas cabaran negara pada Kejohanan Hoki Piala Remaja Dunia Zon Asia selepas berakhir siri tiga perlawanan persahabatan menentang Australia County esok.

Jurulatih Dharmaraj Abdullah berkata tiga perlawanan persahabatan itu akan menjadi kayu pengukur kemampuan sebenar skuad negara yang disandarkan sasaran juara pada kejohanan bermula 3 hingga 13 Mei ini.

Pada perlawanan persahabatan pertama di StadiuM Hoki Bukit Serindit di sini, pasukan Malaysia membenam Australia County 7-1 manakala perlawanan kedua dan ketiga akan berlangsung malam ini dan esok.

"Keseluruhan saya berpuas hati dengan dengan skuad 19 pemain ini yang telah menjalani beberapa siri perlawanan persahabatan sebelum ini termasuk menentang Korea Selatan dan Pakistan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sebelum ini menyasarkan skuad hoki negara meraih tempat ketiga terbaik kejohanan dalam misi melayakan diri ke Piala Dunia Remaja di India tahun depan.

Malaysia diundi dalam Kumpulan A dan akan membuka tirai perlawanan dengan menentang Iran pada 3 Mei diikuti Korea Selatan (5 Mei) dan Jepun pada 7 Mei  ini.

Manakala Kumpulan B terdiri daripada juara bertahan India, Pakistan, China dan Sri Lanka.- Bernama

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images