Wawa Zainal Akui Terima Pelawaan VIP

Wednesday, April 25, 2012


Wawa Zainal Akui Terima Pelawaan VIP
Wawa Zainal Akui Terima Pelawaan VIP | Baru setahun jagung bertapak dalam industri hiburan tanah air, pelakon Wawa Zainal atau Nur Hawa Zainal Abidin, 20, akui sudah menerima beberapa pelawaan daripada golongan VIP.

Namun Wawa Zainal yang juga pelakon Bunga-bunga Syurga ini berkata semua pelawaan itu ditepis dengan baik.

"Saya akui ada diganggu oleh beberapa gologan VIP yang mahu menghubungi saya untuk berkawan dan juga mengajak saya keluar.

"Namun saya mengambil tindakan yang mudah untuk tidak melayani mereka supaya tidak mendatangkan masalah yang tidak diingini di kemudian hari.

"Lagipun tujuan saya berada dalam industri ini pun hanya hendak mencapai cita-cita saya untuk menjadi pelakon yang disegani," katanya selepas diumumkan sebagai duta baru Lipice, di Bangsar Village, petang semalam.

Mula bertapak sebagai pelakon di bawah naungan Metrowelath (MIG) pada November tahun 2010, Wawa Zainal kini sudah membintangi beberapa filem seperti 3 Temujanji, Sumpahan Kum Kum, dan Hantu Dalam Botol Kicap.

Tinggal bersendirian di Kuala Lumpur tanpa keluarga, pelakon yang berasal dari Sabah ini berkata dia tidak akan menggunakan peluang tersebut itu untuk bergerak bebas sebaliknya akui pergerakannya sentiasa dijaga di bawah jagaan MIG.

"Terus-terang saya tiada masa untuk keluar bersuka ria apatah lagi menerima pelawaan daripada VIP kerana jadual yang disusun oleh MIG sangat ketat.

"Setiap hari saya akan sibuk dengan penggambaran drama atau filem serta masuk studio untuk dubbing suara.

"Lagipun pihak MIG akan selalu mengambil berat ke mana saya pergi jika jadual saya kosong waktu itu," jelasnya lagi.

Anak kelapan daripada sebelas orang adik-beradik itu baru sahaja tamat penggambaran filem Kisah Paling Gangster dan sedang menjalani penggambaran filem Pada Suatu Cinta Dahulu.(murai.com.my)

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images