ISTERI NABIL RAJA LAWAK HAMIL
Wednesday, April 18, 2012
ISTERI NABIL RAJA LAWAK HAMIL | NABIL BAKAL BERGELAR AYAH |
"Pagi tadi saya rasa tak sedap badan jadi saya menyuruh Nabil membeli kit kehamilan untuk mengetahui sama ada saya berbadan dua atau sebaliknya. Alhamdulillah, keputusannya positif dan kami sepakat untuk mendapatkan pengesahan di sebuah klinik.
"Syukur usaha kami untuk mendapatkan anak akhirnya dimakbulkan. Doktor mengesahkan saya mengandung lebih lima minggu. Soal jantina anak masih awal untuk saya perkatakan. Apa yang penting biarlah zuriat kami sihat dan sempurna," kata Zira yang mengakui Nabil cukup teruja apabila mengetahui yang dia bakal bergelar bapa tidak lama lagi.
Zira, isteri kepada Nabil Raja Lawak telah disahkan hamil lima minggu. Berita baik ini pastinya membawa kegembiraan pada Nabil sekeluarga dan juga kepada para peminatnya.
Menurut Zira pada awalnya dia berasa tidak sedap badan dan meminta Nabil untuk membeli kit ujian kehamilan dan dia bersyukur apabila keputusan yang diterimanya positif. Namun Nabil kemudiannya membawa isterinya ke klinik untuk pengesahan.
Nabil dikatakan sangat teruja kerana bakal bergelar bapa dan kehadiran seorang cahaya mata memang amat mereka nantikan.
0 comment
Assalamualaikum . . Hi peoples . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! !