MAK ANDAM DAN TIGA LELAKI DITAHAN KERANA DADAH

Monday, April 16, 2012

MAK ANDAM DAN TIGA LELAKI DITAHAN KERANA DADAH
MAK ANDAM DAN TIGA LELAKI DITAHAN KERANA DADAH | MELAKA – Gelagat tiga lelaki dan seorang wanita yang mencurigakan berada di hadapan sebuah bengkel kereta di Duyong di sini kelmarin terjawab apabila mereka rupa-rupanya disyaki sedang berurus niaga mengenai dadah.

Dalam serbuan pada pukul 10 malam, polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita yang berusia 19 hingga 38 tahun. Wanita yang berusia 25 tahun dan merupakan kekasih kepada salah seorang suspek yang berusia 38 tahun turut ditahan.

Satu sumber berkata, keempat-sempat suspek itu ditahan oleh polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka semasa polis membuat rondaan Ops Tapis di kawasan Duyong.

Polis yang membuat rondaan curiga melihat ketiga-tiga lelaki yang berada di hadapan bengkel itu dengan salah seorang daripada mereka membawa beg sandang.

Polis yang memeriksa beg sandang tersebut menemui sejumlah pil eramin 5. Pemeriksaan dalam kereta Proton Perdana milik suspek berusia 38 tahun itu pula menemui 31.5 gram dadah syabu dan 335 pil ekstasi.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images