Pelakon Wanita Terima RM1.5juta Dari VIP Bertaraf Menteri?

Thursday, April 19, 2012

Pelakon Wanita Terima RM1.5juta Dari VIP Bertaraf Menteri? | Semalam, satu pendedahan berkenaan skandal sulit antara seorang pelakon wanita dengan VIP berstatus menteri telah dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen. Menurut laporan portal Malaysiakini, skandal tersebut membabitkan transaksi wang berjumlah RM1.5 juta dalam tempoh 4 bulan perkenalan mereka dan hubungan sulit itu sudah berlanjutan sejak 3 tahun lalu.


Berdasarkan laporan polis yang dilakukan oleh Noor Azman Azemi, 38 tahun pada 13 Mac lalu di Balai Polis Ampang, Azman turut mendedahkan jumlah wang yang telah diterima oleh pelakon wanita itu, RM58,000 (Oktober), RM112,000 (November), RM330,000 (Disember) dan RM510,000 pada Januari tahun ini.

Laporan tersebut turut menyatakan bahawa pertemuan VIP itu dengan pelakon wanita tersebut berlangsung secara sulit pada setiap minggu di hotel sekitar Kuala Lumpur. Dakwa Noor Azman lagi, "Pada setiap pertemuan, VIP itu akan memberikan wang berjumlah RM100,000 hingga RM200,000 kepada saya dan pelakon wanita itu untuk dimasukkan ke dalam akaun bank pelakon itu."
Sebelum itu, satu laporan akhbar telah disiarkan pada 3 Mac lalu apabila pelakon wanita tersebut mendakwa pemandu peribadinya telah melarikan wang berjumlah RM200,000 selepas diarahkan memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images