Osman Ali Hanya Sasar RM4 juta Untuk Jiwa Taiko
Wednesday, April 25, 2012
“Saya tak berani letak sasaran tinggi memandangkan ketika ini terlalu banyak filem Melayu yang ditayangkan di pawagam. Boleh dikatakan setiap minggu ada sahaja filem baru. Walaupun ‘Jiwa Taiko’ ini ditayangkan pada musim cuti sekolah, tapi ada juga filem Melayu lain yang ditayangkan pada waktu yang sama. Kalau dapat RM4 juta pun saya sudah bersyukur,” ujar Osman yang ditemui ketika sidang media muzik video filem ini pada Selasa.
Dalam masa yang sama, Osman Ali juga mengakui yang dia sebenarnya berasa sedikit tertekan dengan kemunculan filem terbarunya itu. Ini kerana dia tahu pasti peminat-peminat filem meletakkan harapan tinggi terhadapnya setelah ‘Ombak Rindu’ mencapai kejayaan di luar jangkaan.
“Dulu setiap kali saya hendak keluar dengan filem, saya tidak berasa tertekan, tapi sekarang dah lain. Selepas ‘Ombak Rindu’, saya tahu orang akan letakkan harapan lebih tinggi terhadap filem-filem saya. Bagaimanapun, perkara ini tidak menjadi masalah buat saya. Genre ‘Jiwa Taiko’ pun tidak sama seperti ‘Ombak Rindu’. Sebaliknya ia sebuah filem aksi yang mengetengahkan pergolakkan perasaan golongan remaja yang tersalah landasan hidup,” ujar Osman lagi.
Mengulas tentang pertukaran tajuk filem yang asalnya menggunakan tajuk ‘Bara Jiwa’, Osman memberitahu pertukaran itu dibuat setelah melakukan perbincangan dengan krew-krew produksi.
“Tajuk ‘Bara Jiwa’ adalah pilihan saya sendiri kerana tajuk itu ‘kena’ dengan jalan cerita. Tapi selepas proses penggambaran siap, saya dengan beberapa krew produksi telah berbincang tentang penggunaan tajuk itu. Memandangkan ada kejadian di mana salah seorang pelakon lagak ngeri kami terbakar kerana kesilapan teknikal, kami berpendapat mungkin tajuk itu agak ‘panas’. Jadi kami tukar ke ‘Jiwa Taiko’. Rasanya tajuk itu lebih mudah difahami.
Filem ‘Jiwa Taiko’ menampilkan Remy Ishak, Bront Palare, Diana Danielle, Fizz Fairuz, dan Nadiya Nisa sebagai gandingan utama. Ia mengisahkan tentang pertembungan dua sahabat, Firman dan Pinto yang dulunya sama-sama menjadi penjenayah dan kini memilih jalan hidup masing-masing. Konflik mula tercetus apabila masing-masing mempunyai pendirian berbeza.
0 comment
Assalamualaikum . . Hi peoples . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! !