Fahrin Tak Nafi, Tak Juga Mengiyakan

Wednesday, April 25, 2012


Fahrin Tak Nafi, Tak Juga Mengiyakan
Fahrin Tak Nafi, Tak Juga Mengiyakan | Setelah dua hubungannya terdahulu bersama selebriti menemui kegagalan, Fahrin dikhabarkan memilih untuk tidak terlalu berceritakan tentang hal cintanya.

Dia juga menolak dan menafikan segala dakwaan yang diajukan kepadanya.

Semenjak awal tahun ini ada berita mengatakan dia bercinta dengan anak saudara kepada seorang orang kenamaan dan isterinya juga terlibat dalam dunia hiburan.

Wanita tersebut khabarnya mempunyai sebuah syarikat penerbitan dan disebabkan itu juga mereka sering berhubung.

Berpeluang menemui jejaka bertubuh sasa itu, setelah dia diumumkan sebagai salah seorang Selebriti Sokongan Riben Merah 2012 yang berlangsung di Ecoba Bar & Restaurant di PJ Trade Centre, baru-baru ini, portal murai.com.my sempat bertanyakan berkenaan perkara itu.

"Saya tidak mahu mengiyakan atau menidakan khabar angin yang diperkatakan itu, kerana saya mahu semuanya pasti untuk mengelakan sebarang salah faham dan mengulangi kesilapan serupa.

"Saya sebenarnya terkejut apabila dikaitkan dengan individu tersebut kerana kami berhubung atas urusan kerja kerana saya adalah seorang pelakon dan dia sebagai seorang produser.

"Buat masa ini biarlah ianya menjadi khabar angin sahaja dan saya sendiri akan mengumumkan jika perkara ini sudah pasti.

"Biarlah saya mengenali dulu siapa dia dan buat keputusan yang betul," ujar Fahrin yang akan menyambut ulangtahun yang ke 33 pada 9 Mei ini.

Fahrin juga menjelaskan bahawa, dia akan cuba mengelak untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana artis dan prinsipnya juga adalah berserah kepada takdir jika bercakap pasal jodoh.

Tambah Fahrin lagi, semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Fahrin baru pulang dari kota Paris untuk siri televisyen Seindah Sakura bersama Fasha Sandha dan menjadi hero terakhir kepada aktres tersebut sebelum dia bergelar isteri tidak lama lagi.

Fahrin juga masih sibuk dengan aktiviti pengacaraan dan masih lagi menjadi wajah untuk kempen Shell dan Uniqlo.

Dia juga bakal terbang ke Bangkok bagi menjalankan penggambaran untuk komersial terbaru Garnier Men. (murai.com.my)

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images