Presiden Perancis diramal kalah
Tuesday, April 24, 2012
Presiden Perancis diramal kalah | PARIS: Rakyat Perancis keluar mengundi semalam, bagi pusingan pertama pilihan raya presiden yang dijangka menjadi penamat kepada kepemimpinan Presiden Nicolas Sarkozy.
Ramalan mengenai kadar ketidakhadiran tinggi dan bantahan keras membuatkan hasil pengundian masih tidak pasti tetapi tinjauan sebelum ini menunjukkan Sarkozy berada di belakang pencabarnya daripada Parti Sosialis, Francois Hollande.
Ia berterusan sehingga 6.00 petang di kebanyakan bahagian negara itu dan 8.00 malam di bandar raya besar.
Agensi pengundian Perancis dibenarkan mengambil contoh secara langsung dari kotak undian yang membolehkan anggaran tepat pengundian diberitahu sebaik ditutup.
Lebih 44 juta pengundi berdaftar tetapi ramalan menganggarkan 25 peratus tidak akan keluar mengundi menjadi kebimbangan calon terutama Hollande.
Jumlah yang keluar mengundi bagi St Pierre di pulau Atlantik menunjukkan kadar penurunan enam peratus berbanding persaingan pada tahun 2007.
Undian juga berkurangan satu peratus di Martinique, tetapi meningkat dua peratus di Guyana.
Perancis berbangga dengan tradisi demokratiknya dan akhbar meraikan hari pengundian dengan rayuan supaya rakyat keluar mengundi.
“Ke pusat pengundian!” Menurut akhbar Ouest de France dan Voix du Nord. – AFP
0 comment
Assalamualaikum . . Hi peoples . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! !