2 rakan dipenjara 8 tahun kerana merompak

Friday, April 13, 2012

2 rakan dipenjara 8 tahun kerana merompak


2 rakan dipenjara 8 tahun kerana merompak | GEORGETOWN - Dua rakan dipenjara lapan tahun dan lima sebatan kerana didapati bersalah melakukan rompakan berkumpulan pada 5 April lalu.

Ketika pertuduhan dibacakan, Ooi Chong Siang, 27,  dan Wong Chee Leong, 39, yang berasal dari Georgetown mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Bagaimanapun,  mereka menukar pengakuan kepada bersalah terhadap dua pertuduhan setelah Hakim Mahkamah Sesyen, Sitarun Nisa Abdullah menangguhkan kes berkenaan hampir dua jam.

Mengikut pertuduhan pertama, kedua-duanya didakwa melakukan rompakan secara berkumpulan terhadap M Sangaridhevi, 21, di Klinik Batu Lanchang, Jelutong, kira-kira jam 12.45 tengah malam.

Ketika rompakan itu, mereka didakwa menggunakan senjata yang boleh mendatangkan kecederaan dan kematian iaitu dua bilah pisau dengan merampas wang tunai RM900 daripada mangsa.

Pertuduhan dibacakan Penolong Pendakwa Raya, Sariza Ismail yang menawarkan wang jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh. Namun Sitarun Nisa membenarkan wang jaminan dikurangkan RM15,000 serta seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa bersama-sama melakukan rompakan terhadap Ng Shee Seong, 31, di Kang Ming Dental Surgery, Lebuhraya Batu Lanchang kira-kira jam 4 petang pada hari sama.

Mengikut pertuduhan, Chong Siang dan Chee Leong turut menggunakan senjata iaitu dua bilah pisau yang boleh mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

Dalam rompakan itu, mereka melarikan sebuah komputer riba; sebuah I Pad; dua telefon bimbit; seutas jam; sebuah perakam kamera litar tertutup; kad kredit, wang tunai RM500 dan alat pencabut gigi bernilai RM9,000.

Bagi pertuduhan kedua, Sariza menawarkan wang jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan ia dibenarkan Sitarun Nisa.

Untuk kedua-dua pertuduhan, mereka didakwa di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 397 kanun yang sama yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Kedua-dua yang tidak diwakili peguam bagaimanapun meminta hukuman dikurangkan kerana perlu menanggung keluarga dan tidak bekerja.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images