Polis bongkar tiga makmal dadah di Klang, Kedah dan Pulau Pinang

Friday, April 13, 2012

Polis bongkar tiga makmal dadah di Klang, Kedah dan Pulau Pinang | GEORGE TOWN: Polis percaya telah menumpaskan sindiket pengedaran dadah tempatan yang aktif di beberapa negeri apabila menahan 14 lelaki dan dua wanita serta membongkar tiga makmal memproses dadah dalam serbuan di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, polis turut merampas 2.5 kg dadah jenis syabu, bahan-bahan kimia dan pelbagai peralatan memproses dadah.
Polis juga merampas wang tunai sebanyak RM266,288 dan 10 buah kenderaan mewah bernilai lebih RM1 juta, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam serbuan pertama di sebuah rumah teres di Klang, Selangor, polis menahan sembilan lelaki dan dua wanita serta merampas 228 gram syabu bersama peralatan memproses dadah.


Susulan serbuan itu, polis membuat serbuan di sebuah dusun di Kampung Kemunting, Karangan di Kulim, Kedah dan menahan tiga lelaki yang sedang membungkus dadah dalam sebuah pondok yang dipercayai dijadikan makmal memproses dadah, katanya. - Bernama

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images