Uji Rashid, Hisham Ahmad terajui Tok Ayah

Wednesday, April 25, 2012



antara babak dalam Tok Ayah 2
antara babak dalam Tok Ayah 2
Uji Rashid, Hisham Ahmad terajui Tok Ayah | Gelaran Tok Ayah dilihat dekat dengan golongan individu yang dipandang tinggi oleh kelompok masyarakat setempat. Daripada ilmu agama mahu pun akhlak mulia yang ditonjolkan membuatkan dirinya dipilih menjadi pemimpin. Namun, lumrah dunia tidak semua orang akan menerimanya. Perasaan hasrat dengki masih wujud dalam diri segelintir manusia tanpa mengira ikatan persaudaraan. 
Begitu juga kisah melatari drama rantaian terbaharu di Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang telah pun mula menemui penonton sejak 17 April lalu. Drama bertajuk Tok Ayah yang disiarkan mengisi slot Cindai setiap Isnin hingga Khamis, jam 3.05 petang di TV1 ini, dibintangi Hisham Ahmad Tajuddin sebagai Tok Ayah. Drama ini turut menampilkan Uji Rashid, Shaharuddin Thamby, Cico Harahap, Heryanto Hassan dan Asmat Sulaiman.
 
Bersiaran selama 13 Episod, drama ini mengisahkan Tok Ayah yang dilantik sebagai ketua keluarganya yang besar. Dia banyak membuat perubahan dan bisnes keluarga juga semakin baik. Namun, konflik bermula apabila Tok Su Leh dan Lebai Haji, berkomplot untuk menyingkirkan Tok Ayah. Pelbagai peristiwa berlaku sehingga nyawanya hampir melayang. Siapakah dalang yang terlibat mahu membunuh Tok Ayah? Adakah serangan itu daripada individu yang dikenalinya? Saksikan kesudahan drama bersiri kekeluargaan penuh babak mendebarkan ini hanya di TV1.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images