Megan Fox Mengaku Sedang Hamil

Wednesday, April 25, 2012


Megan Fox Mengaku Sedang Hamil
Megan Fox Mengaku Sedang Hamil | KHABAR angin mengenai kehamilan pelakon Megan Fox telah tercetus sejak bulan Mac lalu, namun tiada sebarang pengesahan dibuat oleh tuan punya badan kepada media.
Bagaimanapun, bintang filem Transformers tersebut akhirnya membuat pengakuan itu kepada E! News bahawa dirinya sedang mengandung anak sulung dengan suaminya, Brian Austin Green.
Selain membuat pendedahan itu, Megan turut memberitahu dia dan suami inginkan beberapa orang anak lagi kerana suka dengan keluarga yang besar.
"Saya ingin mempunyai anak lagi selepas ini kerana suka kepada keluarga yang besar dan ingin menjadi ibu yang baik kepada mereka," ujarnya.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images