Bekas Gangster Skinhead Ambil Masa 20 Bulan Buang Tatu Di Badannya

Tuesday, April 24, 2012


Bekas Gangster Skinhead Ambil Masa 20 Bulan Buang Tatu Di Badannya | PASADENA, Amerika Syarikat (AS) – Seorang bekas gengster skinhead di AS, Byron Widner mengalami sakit kepala dan kesakitan lain selepas menjalani pembedahan untuk membuang tatu perkauman pada muka sehingga ke kakinya.
Menyentuh mengenai kesakitan itu, Widner berkata: “Ia merupakan harga yang kecil untuk dibayar bagi menjadi manusia semula.”
Dia kini tinggal di sebuah lokasi rahsia bersama isterinya, Julie Larsen, dan anaknya untuk membina kehidupan baharu selepas berkahwin pada 2006.
Widner bergelumang dengan kumpulan gengster selama 16 tahun.
Dia merupakan pengasas bersama sebuah kumpulan perkauman kulit putih skinhead yang beroperasi di Indiana dan Ohio yang dikenali sebagai Kelab Sosial Vinlanders.
Namun, Widner kemudian insaf selepas menyedari dia tidak mahu membesarkan anaknya dalam budaya permusuhan dan keganasan yang melanggar batas undang-undang.
Dia menjalani proses membuang tatu selama 20 bulan dengan bantuan kewangan Pusat Undang-Undang Kemiskinan Selatan.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images