­

Justin Bieber Pakai Maskara

Thursday, April 26, 2012


Justin Bieber.
Justin Bieber Pakai Maskara | JOLOKAN 'pretty boy' (lelaki jelita) kepada Justin Bieber memang sesuai apabila penyanyi itu memperlihatkan sisi wanitanya semasa penggambaran klip video single terbarunya berjudul Boyfriend.
Kekasih Selena Gomez itu dilihat menggunakan maskara semasa penggambaran tersebut yang diadakan di Los Angeles baru-baru ini.
Bagaimanapun perkara itu bukan sesuatu yang pelik kerana Justin telah banyak belajar daripada kekasihnya tentang cara berdandan agar kelihatan lebih menarik.
Penggambaran klip video Boyfriend itu sendiri sempat menarik perhatian beberapa pihak kerana Justin sengaja memilih model yang mirip dengan kekasihnya, Selena untuk digandingkan bersama.
Single Boyfriend bakal dimuatkan dalam album terbarunya berjudul Believe dan akan dipasarkan pada 16 Jun depan.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images