Angelina Jolie Pilih Gaun Versace Pada Majlis Kahwin

Wednesday, April 25, 2012


Angelina Jolie Pilih Gaun Versace Pada Majlis Kahwin
Angelina Jolie Pilih Gaun Versace Pada Majlis Kahwin | SELEPAS secara rasmi mengikat tali pertunangan baru-baru ini, pasangan Brad Pitt dan Angelina Jolie semakin rancak merencanakan hari pernikahan mereka.
Perkara yang paling menarik perhatian peminat dan masyarakat adalah pilihan busana yang akan dikenakan oleh Angelina pada hari bahagianya itu nanti.
Namun seperti dilaporkan oleh Dailymail, desas desus mengatakan wanita berusia 36 tahun ini akan mengenakan gaun pengantin daripada rekaan Versace.
Jenama itu juga sememangnya menjadi kegemaran pelakon berbakat besar itu sejak sekian lama.
Angelina juga dikhabarkan telah melantik seorang perunding imej untuk memberinya saranan berkaitan perkahwinannya nanti.
Pasangan itu telah bercinta hampir lapan tahun dan mempunyai enam orang anak dan Angelina sebelum ini memberitahu dia tidak mahu merosakkan hubungannya dengan Brad dengan ikatan perkahwinan.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images