­

Friday I’m In Love

Friday, April 20, 2012


Friday I’m In Love

antara babak dalam Friday I’m In Love
antara babak dalam Friday I’m In Love
Pernahkah anda terfikir, akan jatuh cinta pada hari Jumaat, putus cinta pada hari Khamis berikutnya dan keesokannya akan jatuh cinta semula, kemudian putus cinta lagi pada hari Khamis?
Bayangkan jika hidup anda dibelenggu dengan dilema ini dan tiada apa yang dapat anda lakukan untuk menghentikannya?
 
Begitulah kisah percintaan yang dipaparkan menerusi drama Friday I’m In Love (FIIL) lakonan Qi Razali yang disiarkan mulai semalam (19 April), setiap Khamis, jam 8.30 malam di slot Aurora, TV9.
 
Pengarah drama, Ahmad Faizul Abdul Rashid berkata, idea menghasilkan drama ini tercetus dari Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar.
 
“Izham mendapat idea penghasilan drama ini selepas mendengar lagu kumpulan rock antarabangsa, The Cure, judul yang sama. Biarpun jalan ceritanya adalah tentang cinta yang berlaku pada hari Jumaat dan perpisahan pada hari Khamis, namun drama ini masih mempunyai keistimewaan tersendiri.
 
“Pendek kata, drama FIIL, adalah sebuah naskhah yang istimewa. Malah, setiap karakter wanita yang menjadi pasangan Qi juga berbeza-beza dan kisah percintaannya juga berbeza-beza,” katanya.
 
Menurut pensyarah Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi Mara ini, selain garapan jalan cerita yang unik, peralatan yang digunakan untuk penggambaran drama ini dihasilkan menggunakan kamera berteknologi canggih setaraf penghasilan filem.
 
“Saya pasti penonton pasti akan menyukai sinematografinya yang jelas dan baik kerana kita gunakan kamera yang biasanya digunakan menghasilkan filem.
 
“Malah, saya juga yakin, penonton wanita, pasti akan ‘jatuh cinta’ dengan Qi selepas melihat lakonannya dalam drama ini,” katanya.

 
Gandingan mantap
 
Jika dilihat, hampir keseluruhan barisan pelakon utama drama ini terdiri dari muka-muka baru seperti Aiman Hakim Ridza, Nellydia Senrose, Bella Dally, Zoey Rahman dan Ryzal Jaafar.
 
Namun, ia sedikit pun tidak mendatangkan masalah besar buat Faizul bagi membentuk lakonan mereka, biarpun kebanyakan dari mereka tidak mempunyai pengalaman luas dalam bidang lakonan.
 
“Walaupun ada di antara mereka yang masih baru bertapak, namun lakonan yang dipamerkan mereka cukup baik. Saya akui, pada mulanya mereka memang kelihatan janggal bermesra dan berdialog.
 
“Saya puji mereka semua kerana membuat perjumpaan di luar bagi membiasakan diri dengan lontaran skrip dan mencari keserasian. Malah, sehingga kini, mereka masih akrab,” katanya yang melakukan penggambaran sekitar Kuala Lumpur dan Penang.
 
Faizul berkata, pengalaman bekerja dengan semua pelakon dan krew memberi kenangan cukup bermakna. Apatah lagi, tempoh penggambaran yang berlangsung dalam tempoh 38 hari itu berjalan penuh keseronokan.

 
Faizul yakin
 
Menurut Faizul, selepas melakukan proses suntingan beberapa siri, dia berasa senang hati dan optimis drama ini akan diterima baik.
 
“Saya mempunyai rasa yang bagus untuk drama ini. Saya berharap penonton dapat melihat dengan hati terbuka tentang kelainan drama ini,” katanya.
 
Menerusi drama 13 episod ini, penonton dapat melihat bagaimana Qi (Awang), seorang ulat buku mempunyai perangai pelik ketika umurnya menjangkau 21 tahun.
 
Awang sering lepak di kopitiam Pak Mat (Mustapha Kamal) bersama kawan baiknya seperti Pitt (Aiman), Hansem (Ryzal), Jo (Zoey), Nisha (Nellydia) dan Ana (Bella).
 
Rakan Awang meraikan hari lahirnya di kopitiam Pak Mat, yang juga merupakan ayah Nisha. Pada masa itulah Awang terlihat gadis jelita singgah di warung itu.
 
Awang terkejut apabila usikannya mendapat balasan positif. Itulah cinta pertama Awang bersama gadis bernama Amy lakonan Fouziah Gous.
 
Awang melalui hari-harinya penuh bahagia bersama Amy hinggalah pada Khamis apabila Awang membincangkan hal keluarga yang bakal dibina, tiba-tiba Amy mengatakan dia sudah berkahwin dan terus berlalu.
 
Keesokan harinya apabila bangun tidur, Awang kelihatan seperti biasa, tiada apa berlaku pada dirinya seolah-olah lupa dengan kekecewaannya semalam.
 
Seperti biasa, pagi Jumaat itu dia lepak di kopitiam Pak Mat. Tiba-tiba Awang terlihat pula gadis ayu bernama Bella (Puteri Sarah Liyana).
 
Cinta ekspres Awang bermula lagi! Kali ini dia merasakan itulah cinta sejatinya. Dia nekad mahu berkahwin dengan Bella. Awang bersedia melamar Bella pada hari itu yang kebetulan Khamis! Ketika mahu melamar, Awang sekali lagi dikecewakan. Bella sebenarnya tidak meminati lelaki! Awang hanya umpan menyakiti hati ‘teman wanita’ Bella.
 
Adakah Awang akan jatuh cinta lagi? Apa pula istimewanya Jumaat bagi Awang kerana dia asyik bercinta pada hari itu?

You Might Also Like

1 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images