Kami bukan ‘superior’

Thursday, April 12, 2012

Kami bukan ‘superior’


Kami bukan ‘superior’ | PENGENDALI Terengganu, Mat Zan Mat Aris mahu penyokong setia Penyu memahami situasi dihadapi skuadnya dan tidak terlalu cepat menghukum susulan aksi hambar yang dipamerkan anak buahnya dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

“Kemenangan adalah perkara paling diingini setiap pasukan. Namun begitu, penyokong harus faham kami bukanlah ‘superior’ dan tidak mungkin dapat memenangi setiap perlawanan.

“Dua kekalahan berturut-turut bukan bermakna pasukan ini merosot sepenuhnya. Sebaliknya, kami masih berpeluang mara ke pusingan kedua Piala AFC (Piala Konfederasi Bola Sepak Asia) apabila masih kekal di tangga kedua Kumpulan F dan layak ke pusingan separuh akhir Piala FA,” katanya mengulas kekalahan kepada Selangor pada aksi Liga Super dan terbaru kepada wakil Singapura, Tampines Rovers dalam aksi Piala AFC, kelmarin.

Katanya, kekalahan kelmarin disebabkan pemainnya gagal beraksi baik di samping turun tanpa kehadiran beberapa tonggak utama yang masih lagi dibelenggu kecederaan dan digantung perlawanan.

Dalam pada itu, Mat Zan menyeru peminat berdiri di belakang pasukan menjelang perlawanan menentang Negeri Sembilan di laman sendiri, Sabtu ini.

“Selepas perlawanan timbal balik dengan Negeri Sembilan pada Sabtu dan Selasa (pusingan kedua Liga Super), kita akan meneruskan saingan separuh akhir Piala FA menentang Sime Darby (21 April) sebelum bertemu semula dengan Song Lam Nghe An (25 April) dalam saingan AFC.

“Kita memang kesuntukan masa dari segi latihan dan juga ruang untuk bernafas, namun apa yang penting adalah untuk mengembalikan semula semangat bagi meneruskan kemaraan dalam tiga saingan berbeza,” katanya yang menagih khidmat pemain-pemain terbaiknya untuk segera kembali dalam pasukan.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images