AARON AZIZ NAFI PR SUDAH LULUS

Thursday, April 12, 2012

AARON AZIZ NAFI PR SUDAH LULUS


AARON AZIZ NAFI PR SUDAH LULUS | BINTANG Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, AaronAzizmenafikanpermohonan untuk mendapatkan taraf pemastautin tetap (PR) negara ini sudah diluluskan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Aaron atau nama sebenar, Aaron Mustapha Aziz, 36, berkata permohonannya sebenarnya kini sedang diproses oleh pihak berkuasa terbabit.

“Saya tidak pernah cakap permohonan saya sudah diluluskan dan tidak tahu macam mana perkara ini boleh tersebar. Apa yang saya cakap adalah permohonan sedang dalam proses bukannya sudah dapat.
“Saya sendiri tidak tahu macam mana perkara itu digembar-gemburkan sesetengah pihak sedangkan segala urusan perlu melalui prosedur, “ -AARON AZIZ. 

Laporan media sosial sejak semalam mendakwa Aaron akan mengambil pengenalan pemastautin tetap (MyPR) dalam masa terdekat.

Aaron pelakon kelahiran Singapura yang popular menerusi filem Ombak Rindu kesal apabila kenyataannya disalah anggap sekali gus dikhuatiri boleh menyebabkan permohonannya tertangguh.

You Might Also Like

1 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images