­

Amaran tsunami ditarik balik sekitar Lautan Hindi

Wednesday, April 11, 2012

Amaran tsunami ditarik balik sekitar Lautan Hindi  | BANDA ACEH: Amaran tsunami yang dikeluarkan di sekitar Lautan Hindi ditarik balik beberapa jam selepas dua gempa bumi kuat menggegarkan perairan barat Indonesia.

Gempa bumi berukuran 8.6 dan 8.2 magnitud mencetuskan cemas petang tadi.

Penduduk di kawasan bandar persisiran pantai menyelamatkan diri ke tempat tinggi dengan menaiki kereta dan menunggang motosikal.

Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii menarik balik pemantauan tsunami bagi kebanyakan kawasan di Lautan Hindi beberapa jam selepas gempa bumi pertama.

Bagaimanapun amaran tsunami masih dikekalkan di Indonesia, India, Maldives, Sri Lanka dan Kepulauan Diego Garcia.

Kemusnahan besar atau ombak tsunami tidak dilaporkan setakat ini. - AP

Nasihat pihak kami. 

  • Jauhi pantai sehingga keadaan benar-benar selamat.
  • Pastikan anak-anak anda dan keluarga anda sentiasa dalam keadaan selamat.
  • Berhati-hati.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images