­

SRI WANI CHOO TAKUT KELUAR RUMAH

Friday, April 13, 2012

SRI WANI CHOO TAKUT KELUAR RUMAH


SRI WANI CHOO TAKUT KELUAR RUMAH | KUALA LUMPUR – Pengusaha produk kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam, dia tidak menyerahkan afidavit injunksi kepada peguam kerana takut keluar rumah.

Dia berkata demikian­ ketika disoal Hakim Syarie, Abdul Walid Abu, berkenaan­ kegagalannya untuk menyerahkan afidavit itu seperti ditetapkan.

Menurutnya, sejak status jantinanya yang dipertikai suami diketahui umum, dia bukan sahaja menjadi buruan media, malah ada individu tidak dikenali turut mengganggunya.

“Saya terpaksa sembunyi di rumah,” katanya. Dia tidak diwakili peguam.

Dalam pada itu, Sri Wani memberitahu mahkamah, dia memerlukan sedikit masa lagi untuk membuat pindaan afidavit sebelum diserahkan kepada peguam Muhammad Hafiz Ab Rashid.

“Sebelum ini, peguam ada datang jumpa saya untuk selesai kes cara baik. Tapi saya takut saya diperangkap. Saya nak masukkan beberapa perkara baru dalam afidavit ini,” katanya.

Muhammad Hafiz tidak membantah permohonan Sri Wani, namun memohon afidavit asal turut diserahkan kepadanya bersama afidavit baru sebagai rujukan.

Mahkamah menetapkan tempoh seminggu kepada Sri Wani untuk melengkapkan afidavit diikuti 14 hari tempoh kepada Muhammad Hafiz untuk memfailkan jawapan.

Kes ditetapkan untuk perbicaraan bermula 17 Mei ini.

Sri Wani, 37, menjadi tarikan umum apabila suaminya, bekas dekan universiti, Bahrom Sunagi, 61, memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan kerana mendakwa dia lelaki.

Bahrom turut memohon mahkamah memerintahkan ujian deoksiribonukleik (DNA) dijalankan bagi mengesahkan jantina isteri ketiganya itu, yang dinikahi pada 19 Ogos 2009.

Susulan itu, Sri Wani memfailkan bantahan awal dengan alasan dia dianiaya.

Sri Wani turut memfailkan injunksi ‘ex parte’ (sebelah pihak) terhadap dua madunya agar tidak mengganggu dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Keputusan mengenai permohonan DNA itu akan diumumkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 23 April ini.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images