SIARAN LANGSUNG PERTABALAN AGONG KE-14 | LIVE STREAMING PERTABALAN AGONG KE-14

Wednesday, April 11, 2012

SIARAN LANGSUNG PERTABALAN AGONG KE-14 | LIVE STREAMING PERTABALAN AGONG KE-14


SIARAN LANGSUNG PERTABALAN AGONG KE-14 | LIVE STREAMING PERTABALAN AGONG KE-14 | Istiadat pertabalan penuh tradisi akan berlangsung di Balairong Seri istana itu. Rakyat boleh menyaksikan upacara bersejarah itu melalui siaran langsung secara live streaming Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3 selain boleh ditonton di seluruh dunia melalui saluran televisyen web bermula jam 9.00 pagi.

Yang lebih menjadikan upacara itu unik ialah ia hanya berlaku sekali setiap lima tahun dan apa yang menjadikannya lebih istimewa ialah Tuanku Abdul Halim bakal ditabalkan untuk kali yang kedua selaku Yang di-Pertuan Agong.

Sejak sistem ketua negara ini diperkenalkan pada tahun 1957, inilah kali pertama, seorang sultan ditabalkan untuk kali yang kedua dalam sejarah negara ini.

Kali pertama Seri Paduka Tuanku Abdul Halim ditabalkan ialah pada tahun 1970 dan berkhidmat selama lima tahun sehingga 1975 selaku Yang di-Pertuan Agong yang kelima.

Saksikan Majlis Pertabalan Agong ke-14 secara siaran langsung pada link yang telah disediakan dibawah. Semoga dengan pertabalan Yang Dipertuan Agong Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan Permaisuri Agong akan dapat memartabatkan lagi Agama Islam di bumi mata dunia dan Malaysia akan kekal sejahtera.

SIARAN LANGSUNG PERTABALAN AGONG KE-14 | LIVE STREAMING PERTABALAN AGONG KE-14

Sila pilih siaran RTM TV1 @ TV3 untuk menonton. 

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images