Polis Edar Gambar Individu Terlibat Kes Letup Tandas

Wednesday, April 04, 2012

Polis Edar Gambar Individu Terlibat Kes Letup Tandas
Individu terakhir yang dilihat keluar dari tandas sebelum kejadian.
Polis Edar Gambar Individu Terlibat Kes Letup Tandas | KUALA LUMPUR - Polis mengedarkan gambar seorang individu dipercayai ada kaitan dengan insiden letupan tandas di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Rampai baru-baru ini, yang menyebabkan seorang lelaki, Muhd Sakereen Basri, 22, tercedera.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, gambar itu diambil daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ada di lokasi kejadian.

Beliau berkata, letupan berlaku tidak lama selepas individu yang memakai baju-T putih, bertopi dan berseluar hitam dilihat keluar dari tandas terbabit.

Menurutnya, berdasarkan rakaman CCTV juga, individu terbabit adalah orang terakhir dilihat memasuki tandas, sebelum mangsa (Muhd Sakereen).

Katanya, polis bagaimanapun tidak dapat mengenal pasti ciri fizikal individu terbabit bagi mengesahkan identitinya.

“Gambar individu itu kita siarkan menerusi laman Facebook Polis KL termasuk melalui media cetak dan elektronik.

“Kita harap orang ramai dapat buat pengecaman dan jika mengenali atau ada maklumat berhubung individu dalam gambar itu, diharap dapat tampil segera ke balai polis terdekat atau menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur 03-21159999 bagi
membantu siasatan,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran buku ‘Scorpio On The Dragon’s Demises’, semalam.

Dalam insiden pada 28 Mac lalu, tandas LRT itu tiba-tiba meletup kira-kira jam 1.20 petang dan menyebabkan seorang mangsa, Muhd Sakereen yang berada dalam tandas, koyak bahagian belakang badan serta paha akibat terkena serpihan­ mangkuk tandas.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images