Pencarum KWSP cecah 13 juta

Friday, April 06, 2012

Pencarum KWSP cecah 13 juta
Pencarum KWSP cecah 13 juta | Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan peningkatan jumlah pencarum kepada 13.15 juta manakala bilangan majikan berdaftar bertambah kepada 487,664 berbanding 12.72 juta pencarum dan 469,390 majikan berdaftar pada 2010.

Dalam kenyataannya, KWSP menerusi laporan tahunan pada 2011 berkata, dalam meningkatkan bilangan­ pencarum dan majikan, KWSP memanfaatkan inovasi teknologi ketika menjalankan proses permohonan­ dan menjana RM23.30 bilion menerusi 1,969,854 permohonan berbanding RM21.89 bilion bagi permohonan 1,996,881 pada tahun sebelumnya.

Walaupun keadaan pasaran tidak menentu tahun lalu, KWSP telah mencapai kemajuan baik dalam pelaburan.

Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman berkata, prestasi pelaburan KWSP menggalakkan­ membolehkan dana pelaburan berkembang RM28.70 bilion atau 6.52 peratus kepada RM469.22 bilion.

“Prestasi membanggakan itu didorong keuntungan modal yang baik diperoleh daripada pelaburan ekuiti pada setengah tahun pertama 2011, portfolio ekuiti adalah penyumbang utama kepada perolehan yang menjana RM13.29 bilion, manakala pulangan ke atas pelaburan 11.00 peratus,” katanya.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images