Lelaki curi udang dari pasar raya dijel seminggu

Tuesday, April 10, 2012

Lelaki curi udang dari pasar raya dijel seminggu
Lelaki curi udang dari pasar raya dijel seminggu | KUALA TERENGGANU - Taktik kotor seorang lelaki menyembunyikan udang basah curi dalam baju dipakainya, kantoi apabila dia ditangkap.

Lebih malang, bapa kepada dua anak itu, Mohd Hamzah Mohd Nor, 31, dari Kampung Baru Seberang Takir, di sini, terpaksa meringkuk dalam penjara selama tujuh hari dan dikenakan denda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Bukan itu sahaja, Mohd Hamzah yang bekerja sebagai buruh turut berdepan hukuman penjara dua bulan lagi jika gagal menjelaskan denda.

Hukuman terbabit dijatuhkan selepas tertuduh mengaku bersalah mencuri udang basah seberat 1.202 kilogram bernilai RM24.03 milik Pasar raya Mydin Mall, Jalan Sultan Mahmud, di sini, kira-kira jam 3 petang pada 8 April lalu.

Tertuduh mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam.

Berdasarkan fakta kes, tindakan tertuduh disedari oleh pengawal keselamatan bertugas dan terus memaklumkan kepada rakan setugas supaya menunggunya di luar pasar raya.

Bagaimanapun, tertuduh berjaya ditahan di kedai berhampiran iaitu di kawasan yang melepasi pintu imbasan.

Tertuduh kemudian dibawa ke bilik pengawal keselamatan dan mengaku mencuri udang basah itu yang disembunyikan di dalam bajunya sebelum dia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

You Might Also Like

1 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images