KPN | 144 BOOKIE DITAHAN, POLIS TEMUI BUKTI KUKUH

Saturday, April 07, 2012

KPN | 144 BOOKIE DITAHAN, POLIS TEMUI BUKTI KUKUH | JOHOR BAHRU - Polis menyifatkan penahanan 144 individu yang disyaki terlibat dengan sindiket bookie dan pertaruhan dalam talian membabitkan wang pertaruhan berbilion ringgit di Kajang, Selangor, membawa kepada petunjuk positif dalam memerangi kegiatan haram itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, Polis Selangor sedang menjalankan siasatan terperinci dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman bagi menjejaki dalang di sebalik sindiket terbabit.

“Polis sedang menjalankan siasatan dengan teliti mengenai kes ini dan penangkapan suspek berkemungkinan akan membawa kepada petunjuk sama ada sindiket terbabit mempunyai rangkaian dengan negara luar selain Malaysia,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kes berkenaan.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) seluruh negara di Hotel The Zon, di sini,hari ini.

Turut hadir, Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin; Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff; Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim; Ketua JSJ negeri, Datuk Amer Awal dan Pengarah Perkhidmatan Korporat RHB Capital Bhd, Norazzah Sulaiman.

Terdahulu, sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan melaporkan penahanan kesemua suspek terbabit berusia 20-an termasuklah 54 wanita dari Taiwan dan China di enam banglo terletak di Kajang Country Heights, Kajang, Selangor.

Difahamkan, sindiket itu beroperasi sebagai bookie bola sepak yang mengajak individu bertaruh dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah dengan memasukkan wang ke dalam akaun.

Sindiket terbabit juga didakwa terlibat dalam penipuan dalam talian termasuklah penyamaran sebagai pihak berkuasa dan meminta bayaran saman dengan meminta maklumat kad kredit mangsa.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images