Kaki Nyaris Putus Dilibas Parang

Tuesday, April 03, 2012

Kaki Nyaris Putus Dilibas Parang


Kaki Nyaris Putus Dilibas Parang | IPOH: Seorang jurujual bukan saja berdepan saat mencemaskan akibat diserang dua lelaki bersenjata yang memecah masuk premisnya di Taman Pakatan Indah, petang kelmarin, malah kaki kirinya hampir putus akibat dilibas parang panjang.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, Lee Kwee Fah, 57, dari Bandar Baru Pengkalan, di sini, dikejarkan ke hospital dan menerima 13 jahitan akibat tetakan itu.


Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama isteri, Wong Sew Chan, 50, sedang menutup kedai apabila dikejutkan dua lelaki bersenjatakan pisau dan parang panjang.

yang tiba-tiba muncul.


Katanya, ketika kejadian dia di belakang kedai apabila dikejutkan dengan jeritan isterinya lalu meluru ke hadapan kedai dan mendapati dua lelaki bersenjata sedang mengugut isterinya.


“Saya tidak mampu berbuat apa-apa dan meminta mereka melepaskan isteri. Mereka melepaskannya sebelum dia keluar menyelamatkan diri dan mendapatkan pertolongan.

“Saya mencapai kayu bagi mempertahankan diri kerana seorang daripada mereka menghayun parang panjang ke arah saya,” katanya.


Menurutnya, dia merayu supaya penyamun berkenaan tidak mencederakannya, namun seorang daripada mereka menghayun parang panjang ke arahnya.

Lee cuba menahan serangan itu dengan kayu dipegangnya dan ketika pergelutan, kaki kirinya ditetak.


Dia rebah akibat tetakan itu dan terbaring di atas lantai kedai sambil menutup luka kaki kirinya.


“Pada masa sama, penyamun berkenaan menggeledah meja kaunter dan melarikan sejumlah wang tunai," katanya.


Sementara itu, Penyelia Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) cawangan Lahat Baru, Jimmy Liew berkata dia menerima panggilan daripada isteri mangsa kira-kira jam 7.15 petang lalu bergegas ke tempat kejadian bersama beberapa anggota dan wakil Persatuan Keselamatan Bandar Baru Pengkalan.


Beliau berkata, sebaik tiba pihaknya terserempak dengan empat suspek yang cuba menaiki dua motosikal untuk melarikan diri.


“Beberapa anggota kami berjaya menghalang seorang daripada suspek yang cuba melarikan diri itu dan memberkasnya. Namun, tiga suspek lain berjaya melarikan diri dengan dua motosikal.


"Suspek berusia kira-kira 30-an itu di bawa ke Balai Polis Simpang Pulai,” katanya.


Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Kaki Nyaris Putus Dilibas Parang

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images