Johan As'ari Dituduh 'Besar Kepala'
Tuesday, April 03, 2012Johan As'ari Dituduh 'Besar Kepala' | PETALING JAYA:Pelakon Johan As'ari meluahkan rasa kesal apabila timbul dakwaan kononnya dia semakin “besar kepala” termasuklah mula menolak beberapa tawaran berlakon yang diberikan kepadanya.
Johan berkata dia tidak pernah menolak mana-mana tawaran tanpa sebab sebaliknya akan mempertimbangkannya terlebih dahulu sama ada mampu atau tidak untuk terlibat dalam mana-mana drama yang ditawarkan.
"Saya mengaku ada beberapa tawaran lakonan yang terpaksa saya tolak kerana takut tidak dapat memberikan komitmen kepada pihak produksi yang akhirnya akan memakan diri sendiri.
"Malah saya ralat tidak dapat menjayakan beberapa drama daripada syarikat produksi besar tetapi tuduhan mengatakan saya sudah besar kepala itu amat menyedihkan saya," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Johan diminta mengulas desas desus yang mengatakan dia semakin besar kepala sejak kebelakangan ini selain mula memilih watak yang ditawarkan kepadanya oleh syarikat produksi tempatan.
Tambah Johan, dia juga tidak pernah memilih watak yang diberikan kepadanya kerana menyedari dia adalah pelakon baru dan tidak layak untuk menilai mana-mana watak terlebih dahulu.
Sebaliknya dia ingin menerima semua tawaran yang datang kerana mahu mempelajari selok-belok dunia lakonan yang dianggap masih baru.
"Drama pertama saya iaitu Juvana kebetulan meletup dan nama saya meniti di bibir peminat tetapi itu tidak bererti saya sudah bagus dalam lakonan kerana ia adalah percubaan pertama saya.
"Tetapi sejujurnya saya memang tidak mampu untuk menerima semua projek yang diberikan kepada saya. Saya sedar kemampuan diri saya," katanya.
Dalam pada itu, Johan memberitahu, dia tidak pernah berubah sikap sejak bergelar pelakon dan tidak memahami mengapa ada pihak sanggup menuduh sedemikian rupa.
Bagaimanapun Johan tidak mahu terlalu memikirkan mengenai perkara itu kerana keluarga dan rakan-rakan yang mengenalinya lebih tahu siapa diri dia yang sebenar.
"Ini bukan kali pertama saya dengar orang menilai buruk tentang saya. Apa nak buat, saya tak berhak untuk menutup cakap orang. Mereka kata macam tu kerana tidak mengenali saya secara dekat," ujarnya.
1 comment
2015-5-25 xiaozhengm
ReplyDeleteoakley sunglasses outlet
ray ban uk
tory burch handbags
pandora jewelry
mont blanc pens
michael kors handbag
gucci outlet online
jordan shoes
prada outlet
ray ban sunglass
hollister clothing
pandora outlet
polo ralph lauren
oakley sunglasses wholesale
hollister clothing store
coach outlet online
abercrombie
gucci outlet
pandora jewelry
cheap jordans
coach factory outlet
coach outlet
michael kors
tory burch shoes
coach outlet
soccer jerseys
christian louboutin sale
burberry scarf
michael kors handbags
kate spade outlet
cheap ray ban sunglasses
true religion jeans
kate spade handbags
michael kors outlet online
air max 95
burberry outlet
nike air max
oakley sunglasses
true religion
cheap oakley sunglasses
Assalamualaikum . . Hi peoples . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! !