­

Gempa Bumi Di Acheh: Kedutaan Malaysia buka bilik gerakan kecemasan

Wednesday, April 11, 2012



Gempa Bumi Di Acheh: Kedutaan Malaysia buka bilik gerakan kecemasan | MEDAN: Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Medan, Indonesia akan membuka bilik gerakan kecemasan dan telah mengeluarkan arahan prosedur standard operasi (SOP) Bencana kepada setiap pelajar di sana, kata Atase Pendidikan yang juga Setiausaha I Pendidikan Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia, Ludinata Misnun.

Arahan SOP dipraktikkan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dalam menghadapi gempa bumi dan ancaman tsunami.
Tambahnya, air di kawasan berdekatan sudah mula memenuhi longkang sekitar jam 5.15 petang (waktu Medan). Namun, keadaan masih terkawal tetapi pihak Kedutaan Malaysia mengarahkan pelajar ke kawasan tinggi.

Mereka akan melihat dahulu keadaan dan sekiranya semakin teruk akan ke sana untuk memberi bantuan dan menyelamatkan pelajar, katanya.

Terdapat 206 pelajar Malaysia di Acheh, 139 pelajar di Medan dan 1,535 pelajar di Medan, katanya.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images