Gempa Bumi Bermagnitud 8.9 Gegar Aceh – Amaran Tsunami Dikeluarkan
Wednesday, April 11, 2012
Gempa Bumi Bermagnitud 8.9 Gegar Aceh – Amaran Tsunami Dikeluarkan | KUALA LUMPUR – Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud dipercayai berpusat 33 kilomter di bawah laut pada jarak 465 kilometer barat daya Banda Aceh dikesan berlaku, sebentar tadi.
Susulan kejadian itu, Agensi Geofizikal Indonesia dan Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami.
Amaran itu meliputi seluruh kawasan melibatkan Lautan Hindi.
Pusat Kajian Geologikal Amerika Syarikat yang membuat dokumentasi gempa bumi seluruh dunia memberikan amaran pantas bahawa gempa pada magnitud berkenaan mampu menghasilkan kemusnahan akibat tsunami melibatkan seluruh basin Lautan Hindi.
Setakat ini belum ada sebarang laporan melibatkan kehilangan nyawa atau kemusnahan yang diperoleh.
Jarak pusat gempa bumi di Aceh itu dengan Kuala Lumpur adalah sejauh 963 kilometer.
Sementara itu, laman Twitter mula gempar dengan pengguna tweet menyatakan mengenai gegaran yang mereka rasai sebentar tadi. -mynewshub

0 comment
Assalamualaikum . . Hi peoples . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! !