Pengambilan Polis - PDRM Tahun 2012

Monday, March 26, 2012

Pengambilan Polis DiRaja Malaysia - PDRM Tahun 2012 |

Pengambilan Polis DiRaja Malaysia - PDRM Tahun 2012


Permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), http://www.spa.gov.my/

JAWATAN:
- Inspektor (Lelaki/Wanita)
- Sarjan (Lelaki/Wanita)
- Konstabel (Lelaki/Wanita)
- Konstabel Sokongan (Lelaki/Wanita)

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun bagi permohonan menggunakan kelulusan PMR/SPM/STPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana dan tidak melebihi daripada 35 tahun bagi permohonan menggunakan kelulusan PHD pada tarikh pendaftaran. Sila rujuk di laman web rasmi PDRM : http://www.rmp.gov.my/

Permohonan adalah menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i) yang boleh diperolehi di: http://www.spa.gov.my/ (Permohonan hendaklah dibuat secara online)

Maklumat lanjut, hubungi talian : 03-2266 8350 / 8344 / 8347. (Unit Pengambilan PDRM)



1. JAWATAN INSPEKTOR (IJAZAH SARJANA MUDA atau IJAZAH SARJANA atau PHD)

KLASIFIKASI :   Inspektor (Lelaki/Wanita)
KUMPULAN PERKHIDMATAN : Pengurusan dan Profesional
GRED GAJI / JAWATAN : YA 13
JADUAL GAJI : P1T1 RM 2,060.28 - P1T20 RM 4,511.09
SYARAT LANTIKAN : Syarat permohonan bagi jawatan Inspektor adalah  mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 25 Tahun 2009 seperti berikut :-  a) Terdiri daripada warganegara Malaysia.
b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (Sarjana Muda/Sarjana) dan tidak melebihi 35 tahun (Phd) pada tarikh pendaftaran permohonan.
c) Kelayakan akademik :i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13:T1];
atau
ii) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred  YA13:T2];
atau
iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13:T2];
atau
iv) Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13:T2];
atau
v) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13:T3];
atau
vi) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakunan yang diiktiraf oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13:T3];
atau
vii) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakunan yang diiktiraf oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13:T4];
atau
viii)Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13:T4];

atau
ix) Ijazah Doktor Falsafah (Phd) dalam bidang Forensik, Matematik atau Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13:T5];
dan
x) Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
d) Kelayakan Fizikal
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :-
i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m (lelaki) dan 1.57m (wanita) tanpa sepatu.
ii) Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg.
iii) Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
iv) Ukuran lilitan dada biasa 81 cm (normal) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja).
v) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasuingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa alat bantuan.
vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
vii) Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan x-ray.


DESKRIPSI TUGAS : Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Jabatan Logistik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Cawangan Khas, dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

Antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.



2. JAWATAN SARJAN (STPM atau DIPLOMA)


KLASIFIKASI   : Sarjan (Lelaki/Wanita)
KUMPULAN PERKHIDMATAN : Sokongan
GRED GAJI / JAWATAN : YA 5
JADUAL GAJI : PT1 RM 1513.62 - P1T18 RM 3120.12
SYARAT LANTIKAN   :
Syarat permohonan bagi jawatan Sarjan adalah mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 25 Tahun 2009 seperti berikut :-

a) Terdiri daripada warganegara Malaysia.

b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan.

c) Kelayakan akademik :

i) Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA5 : T1];

atau

ii) Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred  YA5:T2];

dan

iii) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

d) Kelayakan fizikal pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :-

i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m (lelaki) dan 1.57m (wanita) tanpa sepatu.
ii) Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg.
iii) Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
iv) Ukuran lilitan dada biasa 81 cm (normal) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja).
v) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasuingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa alat bantuan.
vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
vii) Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan x-ray.

DESKRIPSI TUGAS : Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Jabatan Logistik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Cawangan Khas, dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

Antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.


3. JAWATAN KONSTABEL (SPM atau DIPLOMA)

KLASIFIKASI   :   Konstabel (Lelaki/Wanita)
KUMPULAN PERKHIDMATAN   :   Sokongan
GRED GAJI / JAWATAN :   YA 1
JADUAL GAJI :   P1T1 RM 897.00 - P1T21 RM2,065.40
SYARAT LANTIKAN :  
Syarat permohonan bagi jawatan Konstabel adalah mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 25 Tahun 2009 seperti berikut :-

a) Terdiri daripada warganegara Malaysia.

b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan.

c) Kelayakan akademik :

i) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : T1];

atau

ii) Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred  YA5:T2];dan

iii) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

d) Kelayakan fizikal pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :-

i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m (lelaki) dan 1.57m (wanita) tanpa sepatu.
ii) Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg.
iii) Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
iv) Ukuran lilitan dada biasa 81 cm (normal) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja).
v) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasuingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa alat bantuan.
vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
vii) Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan x-ray.

DESKRIPSI TUGAS : Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Jabatan Logistik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Cawangan Khas, dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

Antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.



4. JAWATAN KONSTABEL SOKONGAN (PMR / SRP)


KLASIFIKASI   : Konstabel Sokongan (Lelaki/Wanita)
KUMPULAN PERKHIDMATAN   :   Sokongan
GRED GAJI / JAWATAN : YT 1
JADUAL GAJI : P1T1 RM 753.25 - P1T14 RM 1,512.71
SYARAT LANTIKAN :
Syarat permohonan bagi jawatan Konstabel Sokongan adalah mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 25 Tahun 2009 seperti berikut :-

a) Terdiri daripada warganegara Malaysia.

b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan.

c) Kelayakan akademik :

i) Lulus Penilaian Menegah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YT1: T1];

dan

ii) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

d) Kelayakan fizikal pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :-

i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m (lelaki) dan 1.57m (wanita) tanpa sepatu.
ii) Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg.
iii) Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
iv) Ukuran lilitan dada biasa 81 cm (normal) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja).
v) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasuingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa alat bantuan.
vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
vii) Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan x-ray.

DESKRIPSI TUGAS : Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Jabatan Logistik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Cawangan Khas, dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

Antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.



Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
http://www.rmp.gov.my/

You Might Also Like

1 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images