Awal Ashaari Dan Scha Nikal 4 Mei 2012

Tuesday, March 27, 2012

Awal Ashaari Dan Scha Nikal 4 Mei 2012


Awal Ashaari Dan Scha Nikal 4 Mei 2012 | Pasangan hangat Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya hari ini mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada sidang media yang diadakan di Flora Cafe, Jln Ampang. Pasangan ini akan bernikah pada 4 Mei hadapan dan majlis akan diadakan di Pullman Putrajaya. Majlis resepsi pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa  Putrajaya (PICC) pada 6 Mei, jam 8.00 malam.

Dalam masa yang sama pasangan ini mendedahkan majlis merisik telah diadakan pada 30 Mei 2011 lalu iaitu pada harijadi Scha yang ke 28. Pada majlis itu Scha menerima sebentuk cincin tanda yang disarungkan oleh kakak Awal.

Pada sidang media tadi, Awal dan Scha tampil ringkas. Tiada pakaian sedondon sebaliknya Awal mengenakan sepasang Kurta putih, manakala Scha memakai kurung moden berona coklat.

Pasangan ini mula berkenalan ketika sama-sama terlibat dalam program Sehati Berdansa dan kini usia perkenalan mereka telah mencecah dua tahun enam bulan.

Astro RIA bakal bertindak selaku penyiar rasmi untuk majlis tersebut.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images