Ibu Tak Rela | Minta Susu Dapat Sirap

Thursday, March 22, 2012



Ibu Tak Rela | Minta Susu Dapat Sirap | JOHOR BAHRU: “Memang saya orang susah dan tak mampu jaga anak dengan baik, tapi saya tak sanggup lihat anak diperlakukan begitu. Jadi saya rayu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya pulangkan semula tiga anak saya.
Ibu Tak Rela | Minta Susu Dapat Sirap

“Saya lebih rela beri anak makan nasi berlauk kicap setiap hari daripada melihat mereka membesar dalam keadaan serba kekurangan di rumah perlindungan JKM.”

Itu rayuan seorang ibu tunggal, Noor Hamidahwati Abdul Hamid, 31 yang mendakwa tiga anaknya tidak dijaga dengan baik sejak ditempatkan di sebuah rumah perlindungan kanak-kanak kelolaan JKM di Kuantan, Pahang, setahun lalu.

Tiga anaknya yang mendapatkan perlindungan di situ ialah anak kedua, Muhammad Imran Hakim Abdullah, 9, Nur Fatin Nadiah, 7, dan Nur Hamzah Nadiah, 5, manakala anak sulungnya, Nur Aini Nadirah Abdullah, 11, tinggal bersamanya.

Tangan Nur Fatin Yang berkudis

Noor Hamidahwati yang lebih mesra dengan panggilan Hamidah berkata, ketika mengunjungi tiga anaknya itu di rumah perlindungan berkenaan 10 Mac lalu, dia terkejut dan sedih apabila keadaan fizikal mereka berubah berbanding sebelumnya.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images