4 pelajar kolej didakwa bunuh pensyarah dan bapa

Friday, March 23, 2012

4 pelajar kolej didakwa bunuh pensyarah, bapa


4 pelajar kolej didakwa bunuh pensyarah dan bapa | PETALING JAYA - Empat sahabat dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang pensyarah dan bapanya, awal bulan ini.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan terhadap Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20; Mohamad Sharafe Matt Noh, 19; Azizi Aizat Ibrahim, 20 dan Muhamad Safwan Muhamad, 20, yang merupakan penuntut sebuah kolej.

Mereka didakwa membunuh Zara Ellana Omar, 23, iaitu seorang pensyarah, dan bapanya, Omar Peter Abdullah, 57, di sebuah rumah di Jalan TK 1/11, Taman Kinrara Puchong, Puchong,  8 Mac hingga 1.30 pagi, 9 Mac.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Ketika pertuduhan dibacakan, kesemua mereka menganggukkan kepala sebagai tanda faham. Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menetapkan 23 April untuk sebutan sebelum kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aifaa Che Abdullah manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images