Ahmad Idham Kecewa Dengan Astro First

Friday, March 23, 2012

Ahmad Idham Kecewa Dengan Astro First


Ahmad Idham Kecewa Dengan Astro First | Pengarah popular yang juga merangkap Pengarah Urusan Excellent Pictures Sdn Bhd, Ahmad Idham Ahmad Nadzri memberitahu agak kecewa serta risau dengan keadaan cetak rompak yang kembali berleluasa mutakhir ini. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) dengan stesen no. 1 Malaysia, TV3 di One World Hotel, petang semalam.

“Saya ada sebab tersendiri memilih untuk berkolaborasi dengan pihak TV3. Bagi saya, setiap langkah yang dibuat, pasti ada sebabnya. Saya sendiri dah lama membesar dalam industri ini dan dari pemantauan saya, apa yang Astro First lakukan, ia akan mematikan industri filem kita dengan cepat.

“Secara peribadi, bila produk saya berada di Astro First, saya sedikit risau. Saya juga risau dengan lambakan filem yang membuak-buak serta isu cetak rompak. Dulu kita dah berperang melawan cetak rompak dan keadaan sudah pulih sedikit, tapi sekarang isu ini dah ada balik.

“Tambahan, dengan adanya banyak media baru sekarang ini, orang akan mudah muat turun filem dan menontonnya di mana-mana saja. Melalui pemantauan, saya berpendapat pihak berkenaan tak mengawal cetak rompak.

“Contohnya filem ‘Hantu Bonceng’ saya,  satu malam saja sudah boleh mencapai 500,000 tontonan di Youtube. Bayangkan jika keadaan ini berlarutan, orang kita sudah tak mahu ke panggung untuk menonton wayang sebab mereka dah boleh menonton selepas dua minggu filem tersebut ditayangkan di pawagam,” ujarnya dalam nada kesal.

“Saya sendiri pernah berulang kali mengajukan perkara ini kepada mereka, namun mereka cakap ini bukan tugas mereka. Saya kecewa sangat bila keadaan jadi begini. Mereka tak ada inisiatif untuk mengawal perkara ini. Saya berpendapat, mereka menggalakkan serta mempercepatkan lagi cetak rompak. Sebab itulah saya terpanggil untuk mengambil satu langkah bagi menyedarkan semua pihak.

“Saya yakin dengan kolaborasi ini ia sedikit sebanyak dapat membantu menaikkan kembali industri perfileman negara. Kami buat semua ini untuk industri. Malah, apa yang saya lakukan sekarang adalah untuk ‘protect’ exclusivity produk saya.”

Dengan perjanjian yang dibina, Excellent Pictures akan bertindak sebagai pembekal eksklusif kesemua filem terbitannya untuk TV3 selama dua tahun. Ini bermakna, TV3 akan mendapat hak mutlak sebagai stesen televisyen pertama yang bakal menayangkan filem-filem keluaran Excellent Pictures kepada semua penonton di Malaysia dalam tempoh 24 bulan berikutnya.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images