5 beranak huni ruang sempit

Wednesday, March 28, 2012

5 beranak huni ruang sempit


5 beranak huni ruang sempit | SUNGAI DUA - Sejak lima tahun lalu, tiada siapa tahu keperitan hidup Sikh Haslee Sikh Hamid, 39, bersama keluarganya, isteri dan tiga anak berusia tiga, lapan dan 13 tahun di rumah yang hanya berkeluasan 16 meter persegi di Kampung Teluk, di sini.

Di ruang kecil itulah isterinya, Saerah Ramli, 44, memasak, menghidangkan makanan, manakala malamnya dijadikan ruang untuk mereka berlima tidur tanpa sebarang rungutan kerana sudah mengerti keadaan hidup.

Meskipun dalam keadaan serba kekurangan kerana pendapatan Sikh Haslee sebagai buruh kasar tidak menentu, keluarga ini tetap bahagia kerana masih mempunyai tempat berteduh biarpun tidak sempurna seperti orang lain.

“Kami terima ketentuan hidup ini tambahan lepas saya disahkan mengidap diabetes peringkat serius yang membatasi tenaga bekerja sampi-ngan mencari pendapatan tambahan menyara keluarga.

“Tapi sejak anak-anak mula membesar dan dah mula bersungut tidak selesa tinggal dalam ruang sempit ini, saya dan isteri mula dihantui resah membuatkan kami terpaksa buka mulut mohon bantuan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Dua, Datuk Jasmin Mohamad minggu lalu,” katanya.

Dia ditemui semasa menerima lawatan Jasmin ke rumahnya yang dalam lawa-tan meninjau kerja membina tambahan ruang dapur rumahnya di sini, semalam.

Terdahulu, Sikh Haslee berkata, bimbang kebajikan ahli keluarganya terus terabai kerana kesihatan dirinya kian merosot, kesusahannya itu disuarakan kepada wakil rakyat berkenaan yang kebetulan ditemuinya semasa satu majlis di kampung itu kerana.

“Alhamdulillah, dua hari kemudian melalui kunjungan Datuk Jasmin sendiri ke rumah saya, beliau bersetuju membiayai pembinaan ruang tambahan bagi dijadikan bahagian dapur untuk memudahkan urusan harian.

“Malah kesudiannya untuk turut membina bilik air di dalam rumah satu rahmat dan amat bermakna berbanding sebelum ini kami hanya menjadikan bahagian belakang rumah dikelilingi plastik sebagai tempat mandi,” katanya.

Sebelum ini pasangan berkenaan tinggal menyewa di beberapa tempat sekitar daerah ini dan rumah mereka itu dibina hasil simpanan Sikh Haslee bekerja sebagai buruh hampir 20 tahun lalu.

Sementara itu Jasmin berkata, pihaknya akan terus membantu keluarga terbabit termasuk menanggung kos persekolahan dua anak pasangan itu kerana prihatin dengan nasib dan kesempitan hidup yang dilalui mereka.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images