Piala AFC: Terengganu tumpas 0-2 kepada Kitchee FC

Tuesday, March 20, 2012

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC)  

Piala AFC: Terengganu tumpas 0-2 kepada Kitchee FC | KUALA TERENGGANU -- Skuad Terengganu dirundung duka apabila dimalukan 0-2 di hadapan penyokong sendiri kepada pasukan kelab dari Hong Kong, Kitchee FC pada perlawanan kedua Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah petang tadi.

Ini menyaksikan perang psikologi Hong Kong terhadap cuaca panas gagal dimanfaatkan Terengganu untuk mengutip tiga mata penuh seterusnya hampa muncul sebagai pendahulu saingan kumpulan F.

Beraksi di hadapan 10,000 penyokong nyata tidak menggoyahkan rentak Kitchee FC apabila terlebih dahulu mengejutkan skuad Penyu selang seminit sebelum babak pertama tamat (min-44) yang berpunca daripada hantaran lintang Lam Ka Wai kepada penyerang berbangsa Sepanyol, Jorge Tarres Paramo.

Akibat daripada kelekaan barisan pertahanan, Paramo bijak mencari peluang mudah meledak gol pembukaan menewaskan penjaga gol Mohd Shamirza Yusoff.

Tersentak dengan jaringan tersebut, anak didik Mat Zan Mat Aris bangkit mengatur serangan yang menyaksikan Terengganu banyak mengawal permainan selang babak kedua berlangsung.
 
Skuad Peteh Ganu Peteh hampir memperoleh peluang terbaik menyamakan kedudukan menerusi lorongan bola oleh penyerang import Liberia, Francis Forkey Doe pada minit ke-55 namun ia gagal digunakan sepenuhnya oleh pemain tengah, Abdul Shukur Jusoh apabila sepak derasnya tersasar.

Terdesak mencari gol penyamaan, Mat Zan memasukkan Joseph Kallang Tie pada minit ke-58 yang diharapkan mampu merubah corak permainan namun gagal menghasilkan sentuhan menarik.

Keghairahan barisan Terengganu mengintai gol pertama akhirnya membawa padah apabila kapten pasukan lawan, Chu Siu Kei dengan mudah membolosi benteng pertahanan Terengganu untuk menambah gol kedua pada minit ke-74 yang berpunca dari lorongan bola Lo Chi Kwan yang tidak dikawal dalam kotak penalti.

Terengganu terus tertekan dan cuba bangkit namun pasukan lawan kendalian Josep Gombau dilihat bermain secara defensif sehingga wisel penamat ditiup oleh pengadil dari Taiwan, Yu Meng Hsun. -- Bernama

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images