Suspek kes bunuh Dirang didakwa esok

Sunday, March 25, 2012

Suspek kes bunuh Dirang didakwa esok


Suspek kes bunuh Dirang didakwa esok | JOHOR BAHRU - Tiga individu yang disyaki terlibat dalam kes Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau dikenali dengan panggilan Dirang, yang dibunuh dan dibakar awal bulan ini, akan didakwa di mahkamah, esok.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, salah seorang individu itu akan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Semua mereka akan didakwa esok dan seorang (lagi) akan didakwa kerana (kesalahan) penyalahgunaan dadah manakala nasib seorang (suspek) wanita hanya akan diketahui esok," kata beliau selepas Majlis Peringatan Hari Polis ke-205 di Setia Indah di sini, hari ini.

Jumaat lalu, perintah tahanan reman terhadap tiga suspek berkenaan dilanjutkan seminggu lagi.

Pendaftar Mahkamah Rendah, Hidayah Manaf melanjutkan tempoh tahanan reman bagi membolehkan polis meneruskan siasatan lanjut, selain mengumpul bukti berhubung kes terbabit. Ketiga-tiga suspek berusia 30-an serta 40-an.

Dirang dilaporkan hilang ketika keluar untuk membeli mi segera dan telur di kedai runcit berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam pada 1 Mac lalu. Dia disahkan meninggal dunia akibat dibunuh dan dibakar, 12 Mac lalu.

Polis sebelum ini menahan empat orang termasuk bapa kandung Dirang bagi membantu siasatan. Bagaimanapun siasatan polis mendapati bapa Dirang tidak terlibat dengan pembunuhan anaknya itu.

Ketiga-tiga mereka juga didapati positif dadah selain dua daripada mereka turut mempunyai rekod jenayah atas kesalahan dadah dan curi.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images