Awek Vietnam Serang Penumpang Dalam Pesawat

Saturday, March 24, 2012

Awek Vietnam Serang Penumpang Dalam Pesawat | Pertengkaran mulut antara seorang awek Vietnam dengan dua orang lelaki warga Singapura dalam sebuah pesawat baru-baru ini bertukar kecoh bila dia memukul salah seorang daripada mereka sebaik sahaja hendak keluar daripada kapal terbang itu.

Segalanya bermula apabila wanita itu mendakwa lelaki itu menendang kerusinya daripada belakang.

Ketika itu kesemua mereka dalam perjalanan pulang ke Singapura daripada Vietnam menggunakan pesawat Tiger Airways.

Lelaki itu yang menafikan berbuat demikian kemudiannya memberitahu wanita itu supaya bertenang dan melaporkan insiden itu kepada pihak berkuasa jika tidak berpuas hati dengannya.

Berang dengan kata-kata itu, wanita berkenaan menghayunkan begnya ke arah lelaki tersebut sewaktu mereka sedang beratur untuk keluar daripada pesawat.

Berdarah jugalah dahi mamat tu!

Difahamkan wanita Vietnam tersebut merupakan salah seorang penuntut universiti di republik tersebut.

Menariknya, sebahagian daripada insiden ini berjaya dirakamkan isteri mangsa menggunakan telefon bimbitnya - mynewshub

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images