Bintang Harry Porter Jadi Gay

Thursday, March 29, 2012


Bintang Harry Porter Jadi Gay
Kelihatan Daniel Radcliffe (kiri) memeluk teman lelakinya dalam "Kill Your Darlings."


Bintang Harry Porter Jadi Gay | NEW YORK: Bintang Harry Porter iaitu Daniel Radcliffe mencuba sesuatu yang baru apabila dia bersetuju untuk menjadi gay dalam filem Kill Your Darlings.

Pelakon itu akan memegang watak Allen Ginsberg, seorang penyair yang menggemari kehidupan sejenis. Filem tersebut adalah kisah benar Allen Ginsberg pada tahun 1950-an.

Menurut laporan Dailymail, menerusi filem itu, Daniel akan memeluk mesra teman lelakinya dalam satu adegan mereka memakai pakaian bercorak kotak serta seluar berwarna coklat bersesuaian dengan era berkenaan.

Filem Kill Your Darlings diadaptasi berdasarkan novel karya Kerouac dan Burroughs berjudul And the Hippos Were Boiled.

Selain Daniel, filem ini juga turut dibintangi oleh Elizabeth Olsen, Ben Foster dan Dane DeHaan.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images