Akibat tipu Diculik Dua Beradik Masuk Lokap

Friday, March 23, 2012

Akibat tipu Diculik Dua Beradik Masuk Lokap | KUALA LUMPUR - Nasib dua beradik lelaki, yang mendakwa mereka diculik dan dilarikan ke Tanjung Malim, Perak, berakhir dalam lokap apabila helah mereka yang sebenarnya melarikan diri dari rumah keluarga di Jalan Klang Lama di sini, terbongkar.  

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata dua beradik berumur 14 dan 12 tahun itu telah berpakat dengan seorang lelaki untuk memaklumkan kepada keluarga mereka kononnya mereka diculik.  

"Lelaki itu menelefon ibu dua beradik berkenaan mengenai penculikan palsu itu dan ibu mereka memaklumkan kepada bapanya sebelum membuat laporan polis mengenai kes itu pada 15 Mac lepas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.  

Beliau berkata keesokannya, dua beradik itu ditemui oleh seorang pemandu lori di Tanjung Malim apabila terdengar mereka menjerit meminta tolong dari dalam lori itu sebelum diserahkan kepada polis.  

Polis kemudian menahan lelaki berusia 26 tahun itu kerana membuat panggilan palsu selain menahan dua beradik itu kerana membuat laporan palsu, katanya.  

alam perkembangan lain, beliau berkata polis menahan seorang lelaki di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Pantai di sini dua hari lepas dan merampas heroin seberat 147.24 gram, yang dibungkus dalam 80 paket plastik kecil, bernilai RM4,000 daripadanya.  

Siasatan awal polis mendapati lelaki itu aktif mengedar dadah di Lembah Pantai dan Brickfields dan dia ditahan reman sehingga 28 Mac ini mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu mengedar dadah, katanya. - Bernama

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images